Mac OS, yang bererti Macintosh  Operating System, atau Sistem Pengoperasi Macintosh,  adalah sistem pengoperasi 
komputer Apple  untuk 
komputer  Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem pengoperasian  pertama yang menggunakan antarmuka pengguna grafik  
(Graphical User Interface -- GUI). Pasukan  Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy  Hertzfeld.
Terdapat pelbagai pandangan  bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana ide asal  bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek  Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod  sejarah, sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland  dan Sistem di Talian (On-Line System) oleh Doug  Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat Sejarah GUI,  dan Apple v. Microsoft.
Apple sengaja  merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun  awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh  kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya  daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan  sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal.  Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang  “terus berfungsi” apabila anda  menghidupkannya.
Versi
Sistem Operasi  Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti  “Sistem 6.0.7″ atau “Sistem 7“.  Pada awalnya juga dikenali sebagai Kotak Perkakasan  “Toolbox”; yang mengandungi himpunan rutin  piawaian yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan  kepada perkakasan 
komputer itu  sendiri.
Pengabstrakan ini yang membenarkan  applikasi Mac ditulis untuk satu generasi sistem  digunakan pada generasi berikutnya, sebagai contoh:  dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada  Power Macintosh. Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan  kewujudan sistem operasi ini bagi membezakan Mac  daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan  sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah  seperti “sistem” dan “kotak  perkakasan (the toolbox)” merupakan cara mudah  untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem operasi dan  Macintosh API seterusnya mengelakkan penggunaan istilah  teknikal (technical jargon). Sehingga kemunculan era  sistem G3 (yang dikenali sebagai mesin “dunia  baru”), sebahagian besar sistem disimpan dalam  ROM fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem  pada cakera yang menambah, mengesampingkan  (override)atau memperbaiki rutin ROM. Tujuannya ialah  untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang  simpanan dalam cakera liut yang terhad untuk sistem  sokongan, kerana 
komputer Mac yang  terawal tidak mempunyai cakera keras. Sebenarnya cuma  satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable)  menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.
Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang  memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face)  biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada 1996)  merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS kerana  wujudnya “klon-klon” Mac, sistem yang  hampir serupa daripada syarikat-syarikat lain seperti  Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak  memberitahu dengan jelas bahawa sistem operasiannya  merupakan hak milik intelektualnya sendiri.
Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Mac OS “Klasik”, sistem yang mula-mula  dikeluarkan untuk Mac yang pertama pada tahun 1984  hinggalah Mac OS 9.
Mac OS X (huruf  “X” itu disebut sepuluh, iaitu nombor  Roman) yang lebih baru. Mac OS X memasukkan unsur-unsur  BSD Unix, OpenStep, dan Mac OS 9. Sistem tahap rendah  asasnya, Darwin yang berasaskan Unix, merupakan sumber  terbuka.
Mac OS Klasik
Mac OS klasik dikenali sebagai satu sistem yang  tidak mempunyai sebarang baris perintah (command line);  merupakan sistem yang menggunakan antara muka pengguna  grafik (IU) sepenuhnya. Dipuji kerana senang untuk  digunakan, sistem ini juga dikritik kerana menggunakan  kerjasama multitugas (cooperative multitasking),  ketiadaan pengurusan ingatan, dan kecenderungan  pertelingkahan tambahan/sambungan.  “Tambahan” adalah perisian yang ditambah  kepada sistem pengoperasi, untuk memberikan fungsi  tambahan - seperti rangkaian kerja (networking) - atau  sokongan kepada perkakasan tertentu. Sesetengah  sambungan tambahan mungkin tidak akan berfungsi dengan  betul antara satu sama lain atau mungkin perlu ditambah  mengikut urutan tertentu. Menyelesaikan masalah  tambahan Mac OS boleh menjadi satu proses cuba jaya  yang memakan masa yang panjang.
Mac OS juga  memperkenalkan Sistem Fail Hierarki (Hierarchical File  System), sebagai satu cara inovatif penyususnan fail.  Satu fail pada DOS atau Unix merupakan jujukan bait  (byte), yang memerlukan aplikasi mengetahui bahagian  bait mana yang mewakili kod dan bahagian mana yang  mewakili grafik atau data yang lain, Fail Mac mempunyai  dua bahagian yang berlainan. Sebagai tambahan kepada  cuaran data, yang merupakan ulangan bait, terdapat juga  akar cuaran resource fork yang mengandungi data yang  sudah disusun seperti menu, grafik, bunyi, dan segmen  kod. Satu fail applikasi mungkin hanya mempunyai sumber  yang tidak mengandungi bahagian data. Fail teks mungkin  mengandungi teks dalam bahagian data dan maklumat stail  pada sumbernya, jadi applikasi yang tidak mengenal  maklumat stail tersebut masih boleh membaca teks yang  disimpan. Walaupun kaedah ini mempunyai beberapa  kelebihan, Mac OS tidak dapat digunakan bersama-sama  sistem-sistem pengoperasian lain yang tidak menggunakan  sistem Mac OS; contohnya, apabila sesuatu fail disalin  daripada Mac kepada DOS atau Unix, akar cuarannya akan  dibuang.
Menjelang akhir 1990-an, telah  disedari bahawa 
teknologi era  1980-an ini telah melangkaui hayatnya, dengan kewujudan  sistem-sistem pengoperasian multitugas baru yang lebih  stabil.
Mac OS X
Rencana utama: Mac OS X
Mac OS X  mambawakan pengurusan memori ala-Unix dan pre-emptive  multitasking kepada platform Mac. Pengurusan memori  yang jauh lebih baik membolehkan lebih banyak perisian  berjalan serentak dan hampir menghapuskan kemungkinan  sesuatu perisian meruntuhkan perisian lain. Ia juga  adalah Mac OS petama memasukkan baris arahan, walaupun  tidak dapat dilihat kecuali apabila penggunanya  melancarkan perisian “terminal”.
Ramai peminat Mac OS asal menerima OS X, tetapi  terdapat beberapa yang mengkritiknya sebagai lebih  susah dan kurang mesra pengguna daripada Mac OS  asal.
 Teknologi Mac  OS
QuickDraw: model pengimej imaging  model yang pertama memberikan pasaran pukal WYSIWYG
Finder: antaramuka untuk melayari filesystem dan  melancarkan applikasi
MultiFinder: versi pertama  yang menyokong menjalankan lebih dari satu perisian  secara serentak
Chooser: perkakasan untuk mencapai  network resources (contoh: mengaktifkan AppleTalk)
ColorSync: 
teknologi untuk  memastikan pemadanan warna yang sesuai
Pengurusan  ingatan OS Mac: bagaimana Mac menguruskan RAM dan  ingatan maya sebelum bertukar kepada UNIX
Pengemulasian Motorola 68000 oleh PowerPC: bagaimana  Mac menangani transisi arkitektural daripada CISC  kepada RISC (lihat emulator Mac 68K)
Desk  Accessories: perisian kecil “helper” yang  boleh dijalankan seiring dengan sebarang perisian lain,  sebelum munculnya MultiFinder atau System 7.
PlainTalk: 
teknologi sintesis  pertuturan and pengecaman pertuturan
Mac-Roman :  set aksara
Projek Star  Trek
Satu aspek sejarah yang  menarik mengenai Mac OS Klasik ialah: ianya merupakan  satu prototaip rahsia yang tidak diketahui umum yang  dimulakan Apple pada tahun 1992 yang diberi nama kod  Project Star Trek. Matlamat projek ini ialah untuk  mencipta versi Mac OS yang boleh berfungsi pada 
komputer peribadi  serasi-Intel x86. Projek ini tidak bertahan lama, ianya  dibatalkan hanya selepas setahun iaitu pada 1993 kerana  pertelingkahan politik dalaman. Walaupun begitu,  pasukan projek ini berjaya menjadikan perisian seperti  Macintosh Finder dan applikasi asas seperti Quicktime  berfungsi secara lancar pada PC.
Walaupun  perisian Star Trek tidak pernah dilancarkan, emulator  pihak-ketiga Macintosh, seperti vMac, Basilisk II, dan  Executor, akhirnya menbolehkan kemungkinan menjalankan  Mac OS Klasik pada 
komputer peribadi  x86. Emulator-emulator ini terhad mengemulasikan  barisan pemproses 68000, dan dengan demikian tidak  dapat menjalankan versi Mac OS yang lebih terkini  daripada 8.1 yang memerlukan pemprosesor PowerPC.  Mutakhir ini, emulator seperti Pear PC telah muncul  yang mampu mengemulasikan pemproses PowerPC yang  diperlukan oleh versi terkini Mac OS (seperti Mac OS  X). Walaubagaimanapun, ianya masih di peringkat awal  dan seperti emulator-emulator lain, cenderung untuk  berjalan lebih perlahan daripada OS natif.
Macintosh, atau disingkat Mac, adalah salah satu jenis komputer personal berbasis PowerPC yang diproduksi oleh Apple. Komputer ini dinamakan berdasarkan McIntosh, jenis apel yang disukai Jef Raskin. Macintosh diperkenalkan pertama kali pada bulan Januari 1984 lewat iklan Super Bowl yang fenomenal. Macintosh adalah komputer pertama yang memperkenalkan sistem antarmuka grafis (GUI). Pada waktu itu, langkah yang dilakukan Apple adalah sebuah perkembangan revolusioner dalam dunia komputer personal.
Model MacIntosh portabel tahun 1990
[sunting] Jenis-jenis Macintosh
* 1984: Macintosh 128K, Macintosh 512K
* 1986: Macintosh Plus
* 1987: Macintosh II, Macintosh SE
* 1988: Macintosh IIx
* 1989: Macintosh SE/30, Macintosh IIcx, Macintosh IIci, Macintosh Portable
* 1990: Macintosh IIfx, Macintosh Classic, Macintosh IIsi, seri Macintosh LC
* 1991: Macintosh Quadra, PowerBook
* 1992: Macintosh IIvx, PowerBook Duo
* 1993: Macintosh Centris, Macintosh Color Classic, Macintosh Performa, Macintosh TV
* 1994: Power Macintosh
* 1997: Power Macintosh G3, PowerBook G3, Twentieth Anniversary Macintosh
* 1998: iMac
* 1999: iBook, Power Macintosh G4
* 2000: Power Mac G4 Cube
* 2001: PowerBook G4
* 2002: eMac
* 2003: Xserve, Power Mac G5, iMac G4
* 2004: iMac G5
* 2005: Mac mini
* 2006: MacBook, MacBook Pro